Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

bawah Peraturan 37(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujudkesprima facie. 4. PERTUDUHAN Bahawa tuan, Wong Weng Keat (No. Kad Pengenalan: 831103-00-0000) Pegawai Bomba Gred KB22 di Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Y, Negeri Z telah didapati positif dadah jenis “11-Nor-Delta-9-Tetrahydrocannabinol-9-Carboxylic Acid” dan telah diperakukan oleh Dr. Uma Priya a/p Kumaresan, Pegawai Perubatan Gred UD52 daripada Jabatan Pesakit Luar Hospital GH pada 22 Ogos 2016 sebagai “dia ialah seorang yang menggunakan atau mengambil, selain bagi maksud perubatan, suatu dadah berbahaya atau menyalahgunakan suatu dadah berbahaya yang disenaraikan dalam Jadual Pertama kepada Akta Dadah Berbahaya 1952”. Perbuatan tuan tersebut telah melanggar Peraturan 7(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikut: “7(1) Seseorang pegawai tidak boleh menggunakan atau mengambil (kecuali bagi maksud perubatan sebagaimana yang ditetapkan oleh seorang pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971) atau menyalahgunakan atau menagih dadah berbahaya”. Perbuatan tuan boleh disifatkan sebagai mencemar nama perkhidmatan awam, iaitu bertentangan dengan tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(d), Peraturan-Peraturan Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (d) berkelakuan dengan sedemikian cara hingga mencemarkan nama perkhidmatan awam” 80 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy