“4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Representasi pegawai adalah seperti berikut: (a) pegawai merupakan ahli Old Living dan bukanlah seorang ejen kerana dengan menjadi ahli, harga produk adalah 24% lebih murah daripada harga pasaran; (b) pegawai mengakui ada melayari laman webOldLivingbagi mendapatkan informasi produk tersebut untuk kegunaan sendiri bagi masalah kulit yang pegawai hadapi sambil menjalankan tugas rutin; dan (c) pegawai berharap penjelasan yang diberikan akan dipertimbangkan sewajarnya. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: (a) pegawai selaku pegawai awam yang telah lama bertugas sepatutnya mengetahui bahawa penggunaan aset kerajaan bagi sebarang tujuan peribadi adalah melanggar Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan. Perbuatan pegawai ini telah memberikan contoh yang tidak baik kepada pegawai lain; Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 70
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy