Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

syarikat, draf slaid pembentangan serta penyediaan data my-vendor. Tindakan sewajarnya bagi semua perkara ini telah dibuat dan diselesaikan; dan (b) pegawai mengakui bahawa masalah yang berlaku adalah disebabkan salah faham serta komunikasi antara pegawai dan Penyelia Pertama. Perkara tersebut telah diselesaikan apabila penilaian LNPT untuk pegawai telah dibuat dan dilaksanakan dengan sempurna. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: (a) bersetuju dengan keterangan pegawai bahawa perkara-perkara yang dinyatakan dalam surat representasi telah selesai; dan (b) urusan penilaian LNPT pegawai telah diselesaikan dan pegawai telah diberikan peringatan secara lisan. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib setelah menimbang kes pegawai membuat keputusan berikut: Pertuduhan Pertama Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 2) setelah menimbang kes pegawai memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan tersebut dan dikenakan hukuman ‘amaran’ dan ‘tangguh Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 37

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy