Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

3. FAEDAH PERSARAAN Perbuatan pegawai sebagai seorang pegawai pengurusan tertinggi adalah sangat serius dan boleh mencemarkan imej perkhidmatan awam. Dalam hal ini, disyorkan supaya faedah persaraan yang akan dikurniakan kepada pegawai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah sebanyak 20.00%sahaja selaras dengan peruntukan Seksyen 13 Akta Pencen (Akta 227). 4. KEPUTUSAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan untuk membersarakan Dato’ Sri Shah Imran Khan daripada perkhidmatan awam di bawah Peraturan 10(5)(d), Akta Pencen 1980 (Akta 227). Tetapi faedah persaraanya tidak lebih daripada amaun yang pegawai layak dapat mengikut Seksyen 13, akta yang sama. 237 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy