Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

3. ASAS-ASAS PERTIMBANGAN PDKA Asas-asas pertimbangan adalah seperti berikut: (a) kesalahan yang dilakukan oleh pegawai tidak sesuai untuk diuruskan melalui prosiding tatatertib kerana akan mendedahkan identiti mangsa yang mana semua lapan (8) mangsa enggan nama mereka didedahkan; (b) pegawai tidak semestinya dikenakan hukuman buang kerja dan jika dikenakan hukuman selain buang kerja, pegawai kekal dalam perkhidmatan awam dan tiada jaminan pegawai akan berubah sikap; (c) hukuman tatatertib berkemungkinan akan dicabar di mahkamah dan pegawai mempunyai peluang untuk menang kes memandangkan pihak Lembaga Tatatertib hanya berpegang kepada keterangan mangsa yang konsisten sahaja sebagai asas utama pembuktian kesalahan untuk mengenakan hukuman tatatertib; dan (d) ini bagi menghargai sumbangan pegawai kepada perkhidmatan awam selama hampir 27 tahun. 4. FAEDAH PERSARAAN Perbuatan pegawai sebagai seorang pegawai pengurusan tertinggi adalah sangat serius dan boleh mencemarkan imej perkhidmatan awam. Dalam hal ini, disyorkan supaya faedah persaraan yang akan dikurniakan kepada pegawai oleh Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong adalah sebanyak 30.00%sahaja selaras dengan peruntukan Seksyen 13 Akta Pencen (Akta 227). 233 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy