Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

2. CADANGAN JABATAN/ KEMENTERIAN Ketua Setiausaha Kementerian X melalui surat bil. SULIT KK.SS(63/25/2018(11) bertarikh 10 November 2018 telah memperakukan supaya cadangan dikemukakan kepada Kerajaan untuk menamatkan perkhidmatan pegawai demi kepentingan awam di bawah Peraturan 49(3), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 . Perkara ini diputuskan oleh Kementerian X setelah mengambil kira perkara-perkara berikut: (a) kesalahan pegawai berjaya dibuktikan melalui keterangan konsisten lapan (8) orang mangsa sahaja dan tiada bukti sokongan lain. Perkara ini berisiko jika dicabar di mahkamah oleh pegawai sekiranya hukuman tatatertib dikenakan ke atas pegawai; (b) butiran semua mangsa juga akan dinyatakan di dalam surat pertuduhan dan terdedah kepada pegawai yang mungkin akan mengganggu mangsa; (c) kemungkinan campur tangan pihak tertentu dalam prosiding tatatertib memandangkan pegawai sering merawat VVIP dan ahli keluarga VVIP; dan (d) pegawai juga telah lama berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan mempunyai jasa tersendiri kepada pembangunan kesihatan awam. Jika ditamatkan perkhidmatan melalui Penamatan Demi Kepentingan Awam (PDKA), pegawai masih layak untuk faedah persaraan bagi menghargai sumbangan Pegawai kepada perkhidmatan awam selama hampir 27 tahun. Kementerian X telah memajukan surat cadangan PDKA kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) bersama dokumen-dokumen yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 232

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy