Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

GANGGUAN SEKSUAL 1. LATAR BELAKANG KES Dato’ Dr. Sheikh Zamani bin Sheikh Annuar merupakan seorang Doktor Pakar Perunding Perubatan Gred Khas B di Hospital GH di Negeri Y. Pegawai menyertai perkhidmatan awam pada tahun 1990 dengan taraf perkhidmatan tetap dan berpencen. Pada pertengahan tahun 2017, Kementerian X telah menerima satu aduan berkenaan pegawai yang dikatakan telah melakukan gangguan seksual ke atas beberapa orang Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) yang diletakkan di bawah seliaan beliau. Susulan aduan tersebut, Ketua Setiausaha Kementerian X telah mengarahkan penubuhan satu Jawatankuasa Siasatan Bebas (JSB) bagi menyiasat kebenaran dakwaan ini dan mengambil tindakan bersesuaian berdasarkan penemuan dan hasil siasatan. JSB dianggotai oleh enam (6) orang pegawai daripada Kementerian X dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Hasil siasatan mendapati keterangan lima belas (15) orang saksi dan lapan (8) orang mangsa gangguan seksual adalah konsisten walaupun mangsa tidak mengenali antara satu sama lain dan diselia oleh pegawai pada masa yang berlainan dalam tempoh tiga (3) tahun terkini. Menurut keterangan semua mangsa, pegawai telah mencium pipi dan memegang tangan serta mengusap bahagian punggung mangsa semasa berbincang berkenaan rawatan pesakit di dalam bilik pegawai. Selain itu, pegawai juga memberitahu mangsa dia sangat geram melihat rupa dan tubuh mangsa yang cantik. Melihat keadaan mangsa yang tidak selesa dengan perlakuan itu, pegawai memberitahu mangsa supaya merahsiakan perkara itu jika tidak mereka akan mendapat penilaian yang teruk oleh pegawai yang akan menjejaskan kerjaya mereka. Semua mangsa memaklumkan gangguan seumpama ini berlaku sekurang-kurangnya sekali seminggu tetapi pada masa itu mangsa tidak berani membuat aduan kerana bimbang akan mendapat penilaian yang teruk dan takut dikatakan menipu memandangkan pegawai seorang berjawatan tinggi dan disegani di hospital berkenaan. 231 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy