Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

pegawai untuk memujuk beliau supaya hadir bekerja pada 18 Ogos 2011; dan (d) laporan polis bertarikh 18 Ogos 2011 telah dibuat terhadap pegawai yang hadir ke pejabat pada hari yang sama dengan membawa parang dan mengamuk sehingga telah meninggalkan kesan trauma kepada warga JabatanW. 4. FAEDAH PERSARAAN Masalah kesihatan dan disiplin pegawai telah menjejaskan tugas hakiki pegawai dan mengakibatkan sistem penyampaian Kerajaan terjejas serta boleh mencemarkan imej perkhidmatan awam. Dalam hal ini, faedah persaraan yang telah dikurniakan kepada pegawai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah sebanyak 90.00%sahaja selaras dengan peruntukan Seksyen 13, Akta Pencen 1980 (Akta 227). 5. KEPUTUSAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan untuk membersarakan Encik Uwais bin Jebat daripada perkhidmatan awam di bawah Peraturan 10(5)(d), Akta Pencen 1980 (Akta 227). Tetapi faedah persaraanya tidak lebih daripada amaun yang pegawai layak dapat mengikut Seksyen 13, akta yang sama. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 230

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy