2. CADANGAN JABATAN/KEMENTERIAN Jabatan W telah memperakukan supaya pegawai ditamatkan demi kepentingan awam (PDKA) di bawah Peraturan 49(3), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Ketua Jabatan, merangkap Pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No. 2) Jabatan W, Negeri Z telah melaporkan kelakuan pegawai kepada Ketua Pengarah Jabatan W yang mana telah bersetuju supaya pegawai ditamatkan perkhidmatannya demi kepentingan awam di bawah Peraturan 49, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan tatatertib) 1993. Ketua Pengarah Jabatan W telah memajukan surat cadangan PDKA kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) bersama dokumen-dokumen yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). 3. ASAS-ASAS PERTIMBANGAN PDKA Asas-asas pertimbangan adalah seperti berikut: (a) pegawai menghadapi masalah Major Depressive Disorder dan didapati telah beberapa kali gagal untuk hadir ke sesi temujanji bersama doktor di hospital bagi mendapatkan rawatan. Kegagalan menghadiri sesi rawatan menyebabkan kemurungan yang dihadapi oleh pegawai berterusan; (b) pegawai pernah dikenakan hukuman tatatertib ‘turun gaji’ sebanyak satu (1) pergerakan gaji selama 12 bulan atas kesalahan tidak hadir bertugas selama 75 hari mulai Jun 2007 hingga November 2007. Hukuman ini telah menambahkan tekanan emosi dan mental pegawai. Namun, pegawai masih mengulangi kesalahan yang sama apabila tidak hadir bertugas selama 133 hari mulai Oktober 2010 hingga Mei 2011 dan juga mulai 3 Ogos 2011 hingga 24 Oktober 2011; (c) laporan wakil Jabatan W menyatakan yang pegawai telah memarahi dan mengancam dengan sebilah parang apabila mereka hadir ke rumah 229 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy