Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

MAJOR DEPRESSIVE DISORDER 1. LATAR BELAKANG KES Encik Uwais bin Jebat (810527-00-0000) ialah seorang Pembantu Penguasa Kastam Gred WK22 dari Jabatan W, Negeri Z. Pegawai telah dilantik secara tetap pada 6 Oktober 2003 dan disahkan jawatan pada 7 Oktober 2004. Pegawai telah tidak hadir bertugas selama 133 hari mulai Oktober 2010 hingga Mei 2011. Pegawai juga didapati telah gagal hadir bertugas mulai 3 Ogos 2011 hingga 24 Oktober 2011. Selain itu, pegawai telah bertindak memarahi dan mengancam untuk mencari parang apabila wakil Jabatan W mengunjungi rumah pegawai pada 18 Ogos 2011 bagi memujuk supaya kembali bertugas. Kemudian, pada hari yang sama pegawai telah hadir ke pejabat dengan membawa sebilah parang dan mengamuk, yang mana telah meninggalkan kesan trauma kepada lebih 80 orang pegawai di Jabatan W. Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) mendapati pegawai tidak bersalah setelah mengambil kira laporan perubatan Doktor Pakar Psikiatri, Jabatan Psikiatri dan Mental, Hospital GH, Negeri Z. Lembaga Tatatertib berpendapat bahawa pegawai yang menghidap penyakit jiwa atau mental tidak boleh dihadapkan dengan apa-apa pertuduhan kerana dianggap tidak berupaya untuk membuat pembelaan diri terhadap pertuduhan. Lembaga Tatatertib memutuskan pegawai dibebaskan daripada pertuduhan tidak hadir bertugas tetapi mengesyorkan pegawai ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam (PDKA) di bawah Peraturan 49, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 228

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy