Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan tidak mengemukakan sebarang ulasan terhadap representasi pegawai. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 1) setelah menimbang kes pegawai dan representasi yang dikemukakan memutuskan bahawa pegawai didapati tidak dapat membebaskan diri daripada pertuduhan surcaj tersebut dan dikenakan‘surcaj’ sebanyak RM100,000.00. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) representasi pegawai lebih kepada mengaitkan isu teknikal. Walaupun peruntukan yang diluluskan adalah secaraone-line item, peruntukan yang disalurkan adalah mengikut butiran projek/negeri; (b) tiada bukti yang menunjukkan wujud tekanan daripada YB Menteri Kementerian X untuk kelulusan berkenaan. Semua minit bebas jelas menunjukkan syor oleh pegawai untuk meluluskan peruntukan berkaitan; dan (c) penemuan audit oleh Unit Audit Dalam menunjukkan terdapat ketirisan dalam perbelanjaan projek-projek yang dilaksanakan. 226 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy