kebinasaan, atau gagal untuk menyimpan akaun-akaun atau rekod-rekod yang sempurna, atau gagal membuat pembayaran, atau lewat dalam membuat pembayaran, maka Suruhanjaya akan membuat Surcaj terhadap orang tersebut suatu jumlah yang tidak melebihi amaun bagi mana-mana amaun yang tidak dipungut, pembayaran tertentu, kekurangan atau kehilangan atau nilai harta yang dibinasakan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan tentang kegagalan untuk menyimpan akaun-akaun atau rekod-rekod yang sempurna, atau kegagalan untuk membuat pembayaran, atau kelewatan dalam membuat pembayaran, maka Suruhanjaya akan membuat Surcaj terhadap orang tersebut jumlah tertentu sebagaimana pihak Suruhanjaya fikirkan patut.” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Representasi pegawai adalah seperti berikut: (a) butiran Projek-Projek Kecil Kawasan Peranginan Bukit Siguntang (BP1) mengikut negeri adalah secara pentadbiran sahaja. Kelulusan yang diberikan tidak melebihi peruntukan keseluruhan projek; (b) perbelanjaan yang diluluskan tidak melibatkan kerugian kepada kerajaan; (c) peruntukan yang diluluskan di Parlimen adalah secara one-line itemdan tiada peruntukan mengikut negeri; dan (d) kelulusan yang diberikan adalah atas tekanan YB Menteri Kementerian X. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 225
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy