Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

CUAI DALAM MENGAWAL PERBELANJAAN 1. LATAR BELAKANG KES Dato’ Khairul Anuar bin Shariff ialah seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred Utama B (Memangku Gred Utama A), Ketua Setiausaha Kementerian X. Pegawai ini dilaporkan telah meluluskan perbelanjaan projek berjumlah RM260,000.00 sedangkan peruntukan yang diluluskan hanya sebanyak RM160,000.00 sahaja. Dalam kes ini, pegawai didapati telah meluluskan sejumlah RM100,000.00 tanpa peruntukan. Perbuatan pegawai mengakibatkan pegawai dikenakan tindakan surcaj selaras dengan Seksyen 18(b) Akta Prosedur Kewangan 1957. 2. SYOR PERBENDAHARAAN Perbendaharaan mengesyorkan pegawai dikenakan tindakan surcaj dan tatatertib. 3. WUJUD/TIDAK WUJUD ASAS YANG MUNASABAH UNTUK TINDAKAN SURCAJ Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) berpuas hati wujud asas yang munasabah untuk dikenakan tindakan surcaj. 222 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy