Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: (a) pegawai menunjukkan sikap akauntabiliti yang tinggi terhadap setiap tugasan yang diberikan; (b) prestasi kerja beliau sentiasa di tahap yang cemerlang dan dipertimbangkan untuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2019; (c) pegawai tidak pernah mempunyai masalah ketidakhadiran bertugas; dan (d) pegawai seorang yang bertanggungjawab dan efisien. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 2) setelah menimbang kes pegawai dan representasi yang dikemukakan memutuskan bahawa pegawai didapati tidak dapat membebaskan diri daripada pertuduhan surcaj tersebut dan dikenakan‘surcaj’ sebanyak RM360.00. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) Bin Card ubat bagi pengeluaran 547 unit ubat atas nama pesakit yang tidak wujud telah ditandatangani oleh pegawai; dan 220 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy