Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

Suruhanjaya akan membuat Surcaj terhadap orang tersebut jumlah tertentu sebagaimana pihak Suruhanjaya fikirkan patut.” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Representasi pegawai adalah seperti berikut: (a) pegawai seorang yang bertanggungjawab dan tidak akan bertolak ansur kepada kecuaian dan tugasan di bawah pengendaliannya; (b) pegawai memaklumkan bahawa kunci Farmasi Alpha, Klinik Kesihatan Daerah Y turut dipegang oleh beberapa pihak lain. Dalam pengetahuan pegawai, Buku Pegang Kunci hanya akan direkodkan secara rambang bagi tujuan rekod. Semua Pegawai Farmasi dan Pembantu Pegawai Farmasi diarah untuk membuat pemeriksaan suhu peti sejuk pada setiap hari Sabtu dan Ahad seperti jadual yang telah disediakan; (c) setiap ahli farmasi masuk dan keluar premis secara rambang semasa pemeriksaan suhu pertama pada sebelah pagi dan pemeriksaan suhu kedua pada sebelah petang. Kebanyakan hari dilakukan tanpa pengawasan Pengawal Keselamatan; (d) pegawai memaklumkan bahawa jumlah, bilangan dan kos kehilangan tidak diketahui kerana kebanyakan masa bergantung pada hari ubat diagihkan kepada pesakit tanpa rekod dalam sistem Pharmacy Information System(PhIS) pada waktu kemuncak. Hal ini disebabkan oleh terlalu ramai pesakit dan masa menunggu yang terlalu lama bagi tujuan mengejar masa. Kemungkinan ubat yang dikatakan hilang sebenarnya telah diagihkan kepada pesakit; dan (e) pegawai berharap penjelasannya adalah munasabah dan diterima oleh pihak Lembaga Tatatertib untuk pertimbangan sewajarnya. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 219

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy