Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

KEHILANGAN UBAT 1. LATAR BELAKANG KES Puan Intan Kahani binti Amran ialah seorang Pegawai Farmasi Gred UF44 di Jabatan Kesihatan Negeri Z. Pegawai dilaporkan telah menyebabkan kehilangan 14 jenis ubat semasa bertugas di Klinik Kesihatan Daerah Y, Negeri Z. Perbuatan pegawai yang menyebabkan kehilangan tersebut mengakibatkan pegawai dikenakan tindakan surcaj selaras dengan Seksyen 18(c) Akta Prosedur Kewangan 1957. 2. SYOR PERBENDAHARAAN Perbendaharaan mengesyorkan pegawai dikenakan tindakan surcaj di bawah Seksyen 18(c) Akta Prosedur Kewangan 1957. 3. WUJUD/TIDAK WUJUD ASAS YANG MUNASABAH UNTUK TINDAKAN SURCAJ Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) berpuas hati wujud asas yang munasabah untuk dikenakan tindakan surcaj. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 217

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy