Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: (a) nama Encik Idham bin Khamis tidak tersenarai sebagai Pegawai Aset ataupun pegawai yang memegang aset berkenaan. Aset juga telah dihapus kira pada tahun 2019 berdasarkan nilai yang ditafsirkan seperti yang tertera di KEW.PA-3; dan (b) pegawai juga telah menunjukkan prestasi kerja yang baik dan berintegriti sepanjang bertugas di Jabatan V mulai 22 Mei 2023. Namun demikian, siasatan dan tindakan lanjut masih boleh diambil di bawah budi bicara Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No. 2). 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No.2) setelah menimbang kes pegawai dan representasi yang dikemukakan memutuskan bahawa pegawai didapati tidak dapat membebaskan diri daripada pertuduhan surcaj tersebut dan dikenakan ‘surcaj’ sebanyak RM150.00 di bawah Seksyen 18(c) Akta Tatacara Kewangan 1957. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) pegawai tidak dapat membebaskan diri daripada pertuduhan; dan (b) menjadi pengajaran kepada pegawai untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang. 216 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy