Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

tentang kegagalan untuk menyimpan akaun-akaun atau rekod-rekod yang sempurna, atau kegagalan untuk membuat pembayaran, atau kelewatan dalam membuat pembayaran, maka Suruhanjaya akan membuat Surcaj terhadap orang tersebut jumlah tertentu sebagaimana pihak Suruhanjaya fikirkan patut.” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Representasi pegawai adalah seperti berikut: (a) pegawai mula ditugaskan sebagai Pembantu Pegawai Aset pada awal tahun 2017. Pada ketika itu Pegawai Aset ialah Encik Rahim bin Ayob manakala pegawai bertanggungjawab membantu Pegawai Aset dalam urusan berkaitan aset termasuk menyimpan dan merekod peralatan ICT; (b) pegawai telah memaklumkan bahawa Nota Serah Tugas sepatutnya diserahkan kepada Pegawai Aset yang baharu dan semua aset di bawah tanggungjawab Pegawai Aset yang lama, iaitu Puan Puspawangi binti Zaki perlu ditukar nama kepada Pegawai Aset yang baharu tetapi tidak dilakukan; (c) pegawai juga tidak menerima sebarang Nota Serah Tugas ataupun apa-apa dokumen yang membuktikan aset-aset yang hilang diserahkan kepada beliau mahupun kepada Pegawai Aset beliau pada ketika itu; dan (d) semasa kehilangan, Pegawai Aset yang bertanggungjawab ke atas komputer riba berkenaan ialah Puan Puspawangi binti Zaki seperti mana yang terdapat pada borang KEW.PA-3. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 215

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy