Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

KEHILANGAN ASET 1. LATAR BELAKANG KES Encik Idham bin Khamis ialah seorang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 di Jabatan W. Laporan diterima menyatakan bahawa pegawai merupakan individu yang bertanggungjawab atas kehilangan tiga (3) unit komputer riba, iaitu satu (1) unit komputer riba jenama Dell Vostro 1220 dan dua (2) unit komputer riba jenama Lenovo L330 sewaktu bertugas di Bahagian V, Kementerian X sebelum bertukar ke Jabatan W. Jumlah keseluruhan kehilangan adalah sebanyak RM8,470.00. Perkara ini disedari apabila pegawai menerima arahan pertukaran ke Jabatan W mulai 16 Mac 2023. 2. SYOR PERBENDAHARAAN Perbendaharaan mengesyorkan pegawai dikenakan tindakan surcaj di bawah Seksyen 18(c) Akta Tatacara Kewangan 1957. 3. WUJUD/TIDAK WUJUD ASAS YANG MUNASABAH UNTUK TINDAKAN SURCAJ Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) berpuas hati wujud asas yang munasabah untuk dikenakan tindakan surcaj. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 213

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy