Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

(b) alasan yang berdasarkan perintah itu telah dibuat terhadap pegawai itu tidak mewajarkan hukuman buang kerja atau turun pangkat tetapi mewajarkan pengenaan suatu hukuman yang lebih ringan, Pihak Berkuasa Tatatertib itu hendaklah mengenakan ke atas pegawai itu mana-mana satu atau lebih hukuman selain buang kerja atau turun pangkat sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan 38 sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa Tatatertib itu; atau (c) tiada hukuman patut dikenakan ke atas pegawai, Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah membebaskannya. Peraturan 33(3), Peraturan-Peraturan yang sama pula menyatakan jika hukuman selain buang kerja telah dikenakan ke atas pegawai itu atau jika tiada hukuman telah dikenakan ke atasnya, Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan hendaklah mengarahkan pegawai itu supaya menjalankan semula tugasnya. 4. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Pihak Berkuasa Tatatertib setelah menimbangkan laporan, rekod perkhidmatan dan perakuan Ketua Jabatan telah membuat keputusan selaras dengan Peraturan 33(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan memutuskan pegawai dikenakan hukuman ‘buang kerja’ berkuat kuasa 1 Januari 2017 dengan alasan-alasan seperti berikut: (a) bahawa pegawai telah dikenakan Perintah Tahanan di bawah Seksyen 6(1), Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 merupakan kesalahan yang serius kerana kedudukannya sebagai pegawai awam semasa melakukan kesalahan tersebut boleh mencemarkan imej jabatan dan perkhidmatan awam; dan (b) sehubungan itu, pegawai wajar dikenakan hukuman setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. 211 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy