Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

1. LATAR BELAKANG KES Kementerian X melalui surat bertarikh 15 November 2016 telah melaporkan bahawa Encik Yusof bin Khairil, Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41, Bahagian V, Kementerian X, telah dikenakan Perintah Tahanan di bawah Seksyen 6(1), Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 mulai 14 Oktober 2016. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia melalui surat bertarikh 20 Disember 2016 telah mengenakan Perintah Gantung Kerja mengikut Peraturan 45, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berkuat kuasa mulai 14 Oktober 2016. 2. PERAKUAN KETUA JABATAN Setiausaha Bahagian V, Kementerian X selaku Ketua Jabatan telah mengemukakan perakuan bertarikh 3 November 2016, sebagaimana diperuntukkan mengikut Peraturan 32(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah membuat perakuan supaya pegawai itu patut dibuang kerja atau diturunkan pangkat. 3. LAPORAN URUS SETIA Peraturan 33(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, menyatakan jika setelah menimbangkan laporan, rekod perkhidmatan dan perakuan Ketua Jabatan, Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan berpendapat bahawa: (a) pegawai itu patut dibuang kerja atau diturun pangkat, Pihak Berkuasa Tatatertib itu hendaklah mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat, sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa Tatatertib itu; Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 210

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy