Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

5. PERAKUAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan telah mengemukakan perakuan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat) sebagaimana yang dikehendaki dalam Peraturan 29(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Ulasan Ketua Jabatan adalah: (a) hanya satu (1) daripada empat (4) pertuduhan sahaja yang telah disabitkan, iaitu pertuduhan “telah menerima diri kamu, suatu benda berharga, iaitu wang berjumlah RM200.00 di dalam akaun Bank Sutra Malaysia Bhd. ….”; (b) pegawai telah ditahan kerja mulai 25 November 2019. Pegawai menerima setengah bahagian emolumen dalam tempoh tahan kerja tersebut; (c) pegawai menunjukkan prestasi cemerlang dari tahun ke tahun dan wajar diberi peluang untuk terus berkhidmat sebagai pegawai awam; (d) pegawai mempunyai kualiti kepimpinan yang baik dalam mengendalikan tugas dan berpengetahuan luas dalam bidang tugasnya; dan (e) hukuman yang dikenakan ke atas pegawai boleh menjadi pengajaran buat pegawai berkenaan. 207 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy