Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

RASUAH 1. LATAR BELAKANG KES Encik Sivaji a/l Sivakumar (No. Kad Pengenalan: 860327-00-0000) ialah seorang Pegawai Sains Gred C44, Jabatan W, Negeri Z telah disabitkan bersalah oleh Mahkamah Sesyen Jenayah 1 (Khas Rasuah) Negeri Z pada 24 Ogos 2020 atas satu (1) pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan. Kes selesai sepenuhnya pada 24 Ogos 2020. 2. LAPORAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam laporannya menyatakan: (a) Mahkamah Sesyen Z telah mengeluarkan surat bertarikh 26 November 2019 kepada Pengarah Jabatan W, Negeri Z memaklumkan Laporan Pegawai Kerajaan Yang Dituduh Melakukan Kesalahan Kes Jenayah di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan. Laporan memaklumkan bahawa pegawai telah ditangkap pada 25 Julai 2019, dituduh di Mahkamah pada 26 November 2019 dan dibicarakan pada 22 Disember 2019; (b) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Z telah mengemukakan surat bertarikh 9 Disember 2019 kepada Pengarah Jabatan W, Negeri Z dengan memaklumkan bahawa pada 26 November 2019, pegawai telah dituduh di Mahkamah Sesyen Daerah Y di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan. Pegawai telah mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan dan dilepaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM20,000.00 bagi semua pertuduhan [empat (4) pertuduhan]; 205 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy