Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

(a) perayu telah berkhidmat selama 14 tahun. Penempatan pertama hingga sekarang adalah di Kementerian X; (b) perayu telah menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap tugas yang diamanahkan; (c) perayu telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dan pernah mendapat APC pada tahun 2018; (d) perayu telah bercerai pada tahun 2016 dan tidak mempunyai pendapatan tetap yang lain untuk menyara kehidupan. Perayu mempunyai komitmen bulanan pinjaman komputer dan mempunyai tanggungan terhadap kedua ibu bapa dan adik di kampung. Kedua ibu bapa perayu mempunyai penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis; (e) perayu telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,500.00 di bawah Seksyen 25(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 2 Disember 2020; dan (f) perayu mengakui dan menginsafi segala kesalahan yang telah dilakukan sebelum ini. Perayu sedar kesalahan tersebut mencemar imej Kementerian dan perkhidmatan awam. 9. ULASAN KETUA JABATAN TERHADAP RAYUAN PEGAWAI Ketua Jabatan telah mengemukakan ulasan bahawa selaras dengan kehendak di bawah Peraturan 15(2), Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993, Ketua Jabatan memperakukan bahawa pegawai patut dihukum dengan apa-apa hukuman selain buang kerja atau turun pangkat. 203 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy