Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

5. PERINTAH GANTUNG KERJA Pegawai telah dikenakan Perintah Gantung Kerja oleh Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 28(6) dan 45, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berkuat kuasa 2 Disember 2020. 6. PERAKUAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan telah mengemukakan perakuan kepada Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat) sebagaimana yang dikehendaki dalam Peraturan 29(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Ulasan Ketua Jabatan adalah: (a) Ketua Jabatan memaklumkan bahawa pegawai tidak mempunyai masalah disiplin. Pegawai juga mempunyai prestasi kerja yang cemerlang dan pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 2018; (b) pegawai mempunyai peribadi yang baik, bersikap positif terhadap tugasan di pejabat, selain mematuhi arahan penyelia. Pegawai bersedia bertugas melebihi waktu pejabat dan hujung minggu untuk memproses permohonan pendaftaran syarikat bagi mematuhi piawaian pensijilan MS ISO 9001 dan komited dalam melaksanakan tugas di kaunter Unit T mengikut giliran yang ditetapkan; dan (c) walau bagaimanapun, Bahagian V menerima dan akur kepada keputusan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan keputusan Mahkamah Negeri Z yang telah 201 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy