Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

GAGAL LAPOR SOGOKAN 1. LATAR BELAKANG KES Puan Elaine Khoo (No. Kad Pengenalan: 850213-00-0000), semasa bertugas sebagai Penolong Akauntan Gred W29 di Bahagian V, Kementerian X, telah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,500.00 di bawah Seksyen 25(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] pada 2 Disember 2020 oleh Mahkamah Sesyen Jenayah 9, Negeri Z atas kesalahan gagal melaporkan transaksi penyogokan terhadap penawaran wang rasuah berjumlah RM500.00. 2. LAPORAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam laporannya menyatakan: (a) pada 16 Julai 2020, sewaktu berkhidmat sebagai Penolong Akauntan Gred W29 di Bahagian V, Kementerian X, pegawai telah ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dengan aduan mengenai kesalahan menerima suapan di bawah Seksyen 16(a)B, Akta694; (b) pegawai telah direman selama enam (6) hari bermula dari 17 Julai 2020 sehingga 22 Julai 2020 bagi membantu siasatan kes. Hasil siasatan tersebut, pegawai didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,500.00 di bawah Seksyen 25(1) Akta 694 pada 2 Disember 2020 oleh Mahkamah Sesyen Jenayah 9, Negeri Z atas kesalahan kegagalan melaporkan transaksi penyogokan terhadap penawaran wang rasuah berjumlah RM500.00; 199 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy