Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

(a) pegawai didapati bersalah; dan (b) sebagai pengajaran kepada pegawai lain untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama. 6. RAYUAN PEGAWAI Pegawai (perayu) mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib berdasarkan alasan-alasan berikut : (a) perayu memohon agar dapat dipertimbangkan permohonan rayuan untuk meringankan hukuman yang dikenakan terhadapnya kerana perayu tidak pernah melakukan sebarang salah laku sebelum ini sepanjang 33 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam; dan (b) perayu berjanji untuk menjaga disiplin, tingkah laku serta melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah sepertimana yang dituntut oleh JabatanW. 7. ULASAN KETUA JABATAN TERHADAP RAYUAN PEGAWAI Ketua Jabatan mengemukakan ulasan seperti berikut: (a) menyokong rayuan yang dikemukakan oleh perayu kerana mendapati perayu telah sedar dan berjanji akan menjaga nama baik pegawai awam di bawah Jabatan W pada masa akan datang; 197 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy