Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

menjalani hukuman bermula dari tarikh sabitan. Pertuduhan pertama, pegawai dikenakan hukuman penjara selama tempoh enam (6) bulan dari tarikh jatuh hukum dan denda sebanyak RM5,000.00. Sekiranya pegawai gagal membayar denda, pegawai akan dipenjarakan selama satu (1) tahun. Bagi pertuduhan kedua, pegawai dikenakan hukuman penjara selama tempoh tiga (3) bulan dari tarikh jatuh hukum dan denda sebanyak RM3,000.00. Sekiranya pegawai gagal membayar denda, pegawai akan dipenjarakan selama satu (1) tahun. Pegawai telah membayar kedua-dua denda bagi kedua-dua pertuduhan tersebut. (d) Pada 31 Mei 2022, pegawai dan pihak Pendakwa Raya telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur. (e) Ketua Jabatan pegawai telah mengemukakan memo kepada Lembaga Tatatertib pada 4 Oktober 2022 bagi memaklumkan status kes pegawai dan pegawai telah selesai menjalani hukuman pada 8 September 2022. 3. SYOR KETUA JABATAN KEPADA LEMBAGA TATATERTIB Ketua Jabatan mengesyorkan kepada Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) supaya pegawai dikenakan tindakan selanjutnya di bawah Peraturan 29(2)(a), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, iaitu tindakan sehingga buang kerja atau turun pangkat di atas justifikasi pegawai tersebut telah mencemarkan imej Kementerian serta memburukkan nama perkhidmatan awam. 4. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) setelah menimbangkan kes pegawai, memutuskan bahawa pegawai dikenakanperintah gantung kerja di bawah Peraturan 28(6) dan 45, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 mulai dari tarikh sabitan, iaitu 9 Mei 2022. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 192

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy