Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

CABUL KEHORMATAN 1. LATAR BELAKANG KES Encik Ng Kor Mun (No. Kad Pengenalan: 840310-00-0000) ialah seorang Pembantu Operasi Gred N16 di Jabatan W dan telah disabitkan bersalah di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 Kanun yang sama, iaitu kesalahan mencabul kehormatan dan kesalahan mengeluarkan perkataan lucah terhadap pengadu. Pegawai telah dituduh di Mahkamah Majistret Daerah Y pada 30 April 2021. Selain itu, pegawai dan pihak Pendakwa Raya juga mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah ke Mahkamah Tinggi Malaya, Kuala Lumpur pada 31 Mei 2022. Walau bagaimanapun, pegawai telah menarik semula rayuan yang difailkan setelah selesai menjalani hukuman penjara dan dibebaskan pada 8 September 2022. Kes selesai sepenuhnya pada 13 Oktober 2022. 2. MAKLUMAT BERKAITAN PROSIDING DAN KEPUTUSAN MAHKAMAH (a) Pada 5 Mac 2021, pegawai telah ditangkap berhubung laporan polis yang dibuat oleh pengadu. Pegawai telah dituduh di Mahkamah Majistret Daerah Y pada 30 April 2021 di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan mencabul kehormatan dan kesalahan mengeluarkan perkataan lucah terhadap pengadu. (b) Ketua Jabatan telah melaporkan kes berkenaan kepada Lembaga Tatatertib pada 3 November 2021. (c) Pada 9 Mei 2022, pegawai telah disabitkan bersalah oleh Mahkamah Majistret Daerah Y terhadap kedua-dua pertuduhan dan diperintahkan 191 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy