Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

PILKUDA&ICE 1. LATAR BELAKANG KES Encik Suresh a/l Nagan (No. Kad Pengenalan: 800107-00-0000) ialah seorang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 di Kementerian X telah disabitkan bersalah di bawah Seksyen 15(1)(a), Akta Dadah Berbahaya 1952, iaitu kesalahan memasukkan dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine ke dalam badan. Pegawai telah dituduh di Mahkamah Majistret Daerah Y. Selain itu, tiada rayuan difailkan terhadap keputusan mahkamah. Kes selesai sepenuhnya pada 11 Ogos 2022. 2. MAKLUMAT BERKAITAN PROSIDING DAN KEPUTUSAN MAHKAMAH (a) Pada 2 Februari 2020 jam lebih kurang 5.28 petang bertempat di Pejabat Narkotik, ujian saringan awal telah dijalankan ke atas pegawai dan didapati pegawai positif dadah jenis Methamphetamine. (b) Pegawai telah dituduh di Mahkamah Majistret Daerah Y pada 2 Mac 2020 di bawah Seksyen 15(1)(a), Akta Dadah Berbahaya 1952, iaitu kesalahan memasukkan dadah jenis Amphetamine dan Methamphetaminekedalam badan. (c) Mahkamah Majistret Daerah Y melalui surat bertarikh 2 Mac 2020 telah mengemukakan Laporan Mengenai Pegawai Kerajaan Yang Dituduh Melakukan Kes Jenayah kepada Urus Setia Lembaga Tatatertib. (d) Pada tarikh 2 Mac 2020, pegawai telah disabitkan bersalah oleh Mahkamah Majistret Daerah Y dan dikenakan hukuman denda sebanyak 187 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy