Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

RM10,000.00 atau penjara tidak lebih daripada empat (4) tahun atau kedua-duanya sekali mengikut peruntukan seksyen dan akta yang sama. (c) Berdasarkan laporan mahkamah, Mahkamah Majistret Daerah Y bertarikh 30 Disember 2021 telah membuat sabitan terhadap pegawai pada 25 November 2021 dan pegawai didapati bersalah di bawah Seksyen 30(3), Akta 366 dan dikenakan denda sebanyak RM2,000.00. (d) Laporan lanjut tersebut juga menyatakan bahawa pegawai telah membayar denda tersebut dan tiada notis rayuan difailkan oleh pegawai. (e) Pada 11 Ogos 2022, Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) telah memutuskan pegawai digantung kerja mengikut Peraturan 28(6) dan Peraturan 45(1)(a), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berkuat kuasa mulai dari tarikh sabitan, iaitu 25 November 2021. 3. SYOR KETUA JABATAN KEPADA LEMBAGA TATATERTIB Ketua Jabatan mengesyorkan kepada Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) supaya pegawai patut dihukum dengan apa-apa hukuman selain buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 29(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 4. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) setelah menimbang kes pegawai, memutuskan pegawai dikenakan hukuman ‘tangguh pergerakan gaji’ bagi tempoh dua belas (12) bulan di bawah Peraturan 38, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berkuat kuasa 11 Ogos 2022. 185 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy