Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

KETUM 1. LATAR BELAKANG KES Encik Fikri bin Fariz (No. Kad Pengenalan: 890824-00-0000) ialah seorang Pembantu Awam Gred H11 di Kementerian X telah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,000.00 di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 [Akta 366] pada 25 November 2021 oleh Mahkamah Majistret Daerah Y kerana didapati dalam kawalannya memiliki satu (1) botol plastik air minuman bergas yang mengandungi 230 mililiter Mitragynine (ketum) dan satu (1) botol plastik air minuman bergas yang mengandungi 800 mililiter Mitragynine yang disenaraikan dalam Jadual I dan Jadual III (Bahan Psikotropik) Akta Racun 1952 [Akta 366]. 2. MAKLUMAT BERKAITAN PROSIDING DAN KEPUTUSAN MAHKAMAH (a) Mahkamah Majistret Daerah Y menerusi surat bertarikh 25 November 2021 kepada Setiausaha Bahagian V, Kementerian X telah melaporkan mengenai pegawai yang dituduh melakukan kes jenayah. Laporan tersebut memaklumkan pegawai telah dituduh kerana didapati dalam kawalannya memiliki satu (1) botol plastik air minuman bergas mengandungi 230 mililiter Mitragynine dan satu (1) botol plastik air minuman bergas mengandungi 800 mililiter Mitragynineyang disenaraikan dalam Jadual I dan Jadual III (Bahan Psikotropik) Akta 366. (b) Laporan tersebut menyatakan bahawa pegawai ditangkap pada 24 Ogos 2018 pada jam 11.30 malam bertempat di tangga Blok D, Flat Cempaka, Daerah Y, Negeri Z atas kesalahan tersebut di bawah Seksyen 30(3), Akta 366 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 30(5), Akta 366 dan dibaca bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan [Akta 574]. Jika didapati bersalah, pegawai boleh dihukum denda tidak lebih daripada Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 184

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy