Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

282HARI 1. LATAR BELAKANG KES Encik Abdul Malik bin Marwan ialah seorang Pembantu Penguasa Kastam Gred WK22 yang bertugas di Jabatan W. Pegawai telah dilaporkan tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah selama 282 hari dari 19 Ogos 2019 hingga Oktober 2020 dan telah tidak dapat dikesan. Semakan yang dilakukan oleh pihak Jabatan W mendapati perkara-perkara seperti berikut: (a) Surat Arahan Kembali Bertugas Dengan Serta Merta telah dihantar kepada pegawai melalui Pos Berdaftar ke dua (2) alamat yang berasingan, iaitu alamat kampung pegawai dan alamat terakhir pegawai seperti di dalam HRMIS. Surat tersebut telah dikembalikan oleh Pos Malaysia kerana tidak dituntut oleh pegawai; (b) pelbagai usaha telah dilakukan oleh Ketua Jabatan untuk menjejaki pegawai termasuklah menghubungi pegawai melalui panggilan telefon dan aplikasi WhatsApp. Namun, tiada maklum balas yang diterima. Semakan ke atas nombor telefon pegawai juga didapati nombor tersebut telah ditamatkan. Rakaman kenyataan bekas isteri pegawai juga dibuat untuk mendapatkan alamat terkini pegawai. Bekas isteri pegawai percaya pegawai telah berkahwin lain dan mencadangkan agar semakan dengan Syarikat Penapis Air White dibuat bagi mendapatkan pengesahan alamat pemasangan produk di bawah nama pegawai. Ini kerana menurut bekas isteri pegawai, beliau pernah dihubungi oleh pihak White untuk melakukan servis tetapi bukan di alamat rumah beliau; dan 178 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy