Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

3. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) bersetuju untuk menyiarkan suatu notis di akhbar harian dan mempunyai edaran seluruh negara mengikut Peraturan 26(4), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) pegawai telah dilaporkan tidak hadir bertugas tanpa cuti, tanpa kebenaran dan tanpa sebab yang munasabah mulai 7 Oktober 2020; dan (b) pegawai juga tidak dapat dikesan kerana surat memanggil beliau kembali bertugas yang telah dihantar melalui pos berdaftar telah dikembalikan semula dalam keadaan tidak terserah. 4. PENYIARAN WARTA Selepas penyiaran notis akhbar pada 15 November 2021 menerusi Berita Harian edaran seluruh negara pegawai berkenaan masih gagal melaporkan diri dalam masa tujuh (7) hari. Mengikut Peraturan 26(6), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 jika pegawai tidak melapor diri untuk bertugas dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh penyiaran notis, pegawai itu hendaklah disifatkan telah dibuang kerja daripada perkhidmatan berkuat kuasa mulai dari tarikh dia tidak hadir bertugas. Sehubungan dengan itu, penyiaran warta adalah seperti berikut: 176 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy