Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

Penyiaran notis di akhbar tersebut adalah seperti berikut: PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993 NOTIS DI BAWAH PERATURAN 26(4) Kepada : Encik Ahmad Bakhtiar bin Sarkawi No. Kad Pengenalan : 770218-00-0000 No. Fail : UI(SP)01/4-XXX Jawatan dan Tempat Kerja : Pembantu Operasi Gred N11 Tarikh Mula Tidak Hadir Bertugas : 7 Oktober 2020 AMBIL PERHATIAN bahawa pegawai di atas telah tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah selama tujuh (7) hari bekerja berturut-turut dan tidak dapat dikesan, maka dengan ini kamu dikehendaki melaporkan diri untuk bertugas dalam masa tujuh (7) hari tarikh penyiaran notis ini. Sekiranya kamu tidak melaporkan diri untuk bertugas dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh penyiaran notis ini, kamu hendaklah disifatkan telah dibuang kerja daripada perkhidmatan berkuat kuasa mulai tarikh kamu tidak hadir bertugas melalui pemberitahuan dalam Warta. Bertarikh: 15 November 2021 Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) JabatanW Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 175

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy