Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

276HARI 1. LATAR BELAKANG KES Encik Ahmad Bakhtiar bin Sarkawi (No. Kad Pengenalan: 770218-00-0000) ialah seorang Pembantu Operasi Gred N11 yang bertugas di Jabatan W, telah dilaporkan tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah dan tidak dapat dikesan selama 276 hari mulai 7 Oktober 2020 sehingga Julai 2021. Semakan yang dilakukan oleh pihak Jabatan W mendapati perkara-perkara seperti berikut: (a) Surat Arahan Hadir Bertugas Serta Merta telah dihantar kepada pegawai secara Pos Berdaftar di alamat akhir yang diketahui. Namun, surat arahan berkenaan telah dikembalikan semula ke Jabatan W oleh pihak Pos Malaysia; (b) beberapa usaha terus dijalankan oleh Ketua Jabatan termasuk menghubungi ahli keluarga pegawai menerusi aplikasi WhatsApp untuk mengetahui perkembangan status pegawai berkenaan. Menerusi perbualan tersebut, didapati ahli keluarga juga gagal mengesan pegawai berkenaan; dan (c) susulan kejadian tersebut, kakak pegawai telah membuat laporan mengenai kehilangan adiknya, Encik Ahmad Bakhtiar bin Sarkawi, kepada pihak Polis Diraja Malaysia. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 173

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy