Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

menimbang kes di bawah Peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kesalahan tatatertib. 4. PERTUDUHAN Bahawa puan, Marissa Richmond (No. Kad Pengenalan: 8707230-00-0000), Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M44 semasa bertugas di Bahagian V, Kementerian X selaku Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga ‘A’ telah gagal untuk mengisytiharkan kepentingan puan dalam proses pemilihan dan memilih Syarikat Astrex Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh adik ipar puan, iaitu Encik Kennedy Loh sebagai pembekal bagi Sebut Harga Perkhidmatan Kebersihan di Bahagian V, Kementerian X untuk tempoh dua (2) tahun semasa Mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga ‘A’ pada 20 Disember 2015. Perbuatan puan tersebut yang tidak menarik diri daripada membuat sebarang keputusan dalam Jawatankuasa telah tidak mematuhi Para iii, Surat Akuan Ahli Pihak Berkuasa Melulus seperti berikut: “iii. Saya akan mengisytiharkan apa-apa kepentingan peribadi atau kepentingan terletak hak secara bertulis dan akan menarik diri daripada membuat sebarang keputusan.” Perbuatan puan tersebut juga telah tidak mematuhi Para ii, Surat Akuan Selesai Tugas Pihak Berkuasa Melulus seperti berikut: “ii. Tiada mana-mana ahli keluarga atau saudara terdekat saya mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana urusan perolehan yang dikendalikan oleh saya.” 168 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy