Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

(c) bagi pertuduhan kedua, semasa diarahkan bertugas semula, masalah masih belum selesai dan pegawai masih tidak dapat hadir bertugas. Pegawai memaklumkan beliau tidak sengaja untuk ingkar perintah kerana keadaannya amat tidak mengizinkan umpama “ditelan mati emak, diluah mati bapa”. Setelah menerima arahan hadir bertugas serta merta, pegawai baru teringat untuk mengemukakan permohonan CTG. Pegawai telah menghantar permohonan CTG melalui aplikasi WhatsApp kepada penyelia dan memaklumkan keadaannya. Malangnya, permohonan telah ditolak oleh Ketua Jabatan; (d) oleh kerana permohonannya ditolak, pegawai terpaksa menyerahkan semuanya kepada takdir kerana masalah dialaminya masih belum selesai. Pegawai menyatakan pihak atasan hanya bertindak mengikut buku dan peraturan-peraturan yang diperuntukkan tanpa mengambil berat tentang kebajikannya sehinggalah pegawai dicadangkan untuk diambil tindakan tatatertib atas kesalahan tidak bertugas; (e) sebelum 1 September 2022, pegawai telah bertanya kepada penyelia apakah bentuk tindakan yang telah dikenakan terhadapnya. Namun, surat pertuduhan masih belum diterima dan penyelia memberitahu, pegawai berkemungkinan akan dikenakan tindakan turun pangkat, ditukarkan atau dibuang kerja. Melalui perbualan dengan penyelia ketika itu, penyelia memaklumkan sekiranya ingin bertugas semula, gaji pegawai akan dibayar secara harian dan bukan secara bulanan seperti biasa; dan (f) pegawai telah menolak untuk hadir bertugas bukanlah kerana tawaran gaji harian tetapi beranggapan kemungkinan pegawai tetap akan dikenakan hukuman tatatertib buang kerja walaupun setelah pegawai hadir bertugas semula. 144 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy