Pertuduhan Kedua Bahawa tuan, Sabu bin Sugeng (No. Kad Pengenalan: 840408-00-0000), Penolong Pegawai Psikologi Gred S29 di Bahagian V, Jabatan W telah didapati tidak hadir bertugas serta merta ke Bahagian V, Jabatan W selepas Surat Arahan Bertugas Serta Merta bertarikh 8 Jun 2022 dikeluarkan. Tuan sepatutnya dikehendaki hadir bertugas serta merta ke Pejabat dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh surat tersebut diterima. Perbuatan tuan tersebut boleh diertikan sebagai suatu perbuatan yang ingkar perintah dan melanggar tatakelakuan pegawai awam di bawah Peraturan 4(2)(i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah;” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Representasi pegawai adalah seperti berikut: (a) bagi pertuduhan pertama, pegawai mengalami masalah yang menjejaskan kehidupan peribadinya, di mana secara tidak langsung ia akan mengganggu prestasi kerja sekiranya pegawai hadir bertugas; (b) pegawai mengakui dalam keadaan serabut, tidak boleh berfikir dengan waras dan berasa amat payah untuk menyelesaikan masalahnya sehingga terlewat untuk memohon Cuti Tanpa Gaji (CTG). Pegawai tidak mempunyai ahli keluarga selain ibu yang uzur, buta dan tuli pendengaran berusia 78 tahun; Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 143
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy