Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

55HARI 1. LATAR BELAKANG KES Puan Ramlah binti Ismail ialah seorang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 di Hospital GH, Daerah Y, Negeri Z. Pegawai ini dilaporkan tidak hadir bertugas tanpa cuti, tanpa kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah secara berselang-seli mulai Oktober 2020 sehingga Januari 2021 selama 55 hari. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, telah memutuskan bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Oleh yang demikian, kes pegawai ini telah dikemukakan kepada Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No. 1) selaku Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya. 3. WUJUD/TIDAK WUJUD KESPRIMA FACIE Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 137

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy