Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

MEDIA SOSIAL 1. LATAR BELAKANG KES Puan Chew Leng Pei (No. Kad Pengenalan: 790816-00-0000), Pegawai Siasatan Gred P53 di Bahagian V, Jabatan W, Negeri Z telah dihadapkan dengan pertuduhan di Mahkamah Majistret Negeri Z kerana dengan sengaja mengeluarkan kenyataan yang kurang sopan dengan berkata “polis bodoh” di media sosial, Facebook pada 15 Mac 2021. Sehubungan dengan itu, pegawai tersebut telah dituduh di Mahkamah Majistret Negeri Z dan jika bersalah boleh dihukum di bawah Seksyen 14, Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955. Pegawai telah didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Negeri Z dan dijatuhkan hukuman denda RM100.00 atau dipenjara 14 hari. 2. PERAKUAN KETUA JABATAN Setelah menimbangkan kronologi kes, perwatakan serta prestasi kerja pegawai, Ketua Jabatan telah mengesyorkan agar pegawai dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan 32(2)(b), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, iaitu pegawai itu patut dihukum dengan apa-apa hukuman selain buang kerja atau turun pangkat. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 130

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy