Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

3. WUJUD/TIDAK WUJUD SUATU KESALAHAN TATATERTIB Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Pengurusan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kesalahan tatatertib. 4. PERTUDUHAN Bahawa tuan, Gautama Putra (No. Kad Pengenalan: 821201-00-0000), Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 di Politeknik PQR didapati telah diisytiharkan bankrap oleh Mahkamah Tinggi di Daerah Y, Negeri Z pada 22 Januari 2019. Perintah penerimaan dan penghukuman tersebut telah dibuat atas permohonan Bank Indahsama Rakyat (M) Bhd. Penghukuman bankrap ke atas tuan menyebabkan tuan berada dalam keterhutangan kewangan yang serius, iaitu bertentangan dengan Peraturan 13(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Perbuatan tuan itu boleh diertikan sebagai telah memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam, iaitu melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(d), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (d) berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam” Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 126

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy