Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 1) setelah menimbang kes pegawai memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan dan dikenakan hukuman ‘amaran’ mengikut Peraturan 38(a), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) kesalahan yang dilakukan oleh pegawai wajar untuk diambil tindakan kerana pihak Syarikat Black Tiger Sdn. Bhd. masih mempunyai urusan rasmi dengan Jabatan W dan pegawai merupakan Pengarah Bahagian V, Jabatan W yang baharu dilantik. Makan malam tersebut juga turut disertai oleh lima (5) orang kakitangan syarikat dan bukan hanya antara pegawai dan Dato’ Mona Ferry sahaja yang dikatakan rakan baik kepada pegawai. Oleh yang demikian, representasi pegawai tidak dapat membebaskan pegawai daripada pertuduhan yang dikenakan; dan (b) hukuman yang dikenakan sebagai pengajaran kepada pegawai dan pegawai lain supaya berusaha untuk tidak meletakkan diri dalam situasi yang boleh menjejaskan integriti. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 104

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy