Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

pegawai sebagai saksi bahawa makan malam yang dihadiri tersebut tidak membincangkan hal-hal berkaitan tender/perolehan Jabatan W; dan (c) pegawai juga memaklumkan hendak membayar kos makan malam tersebut namun telah dibayar terlebih dahulu oleh Dato’ Mona Ferry. Tiga (3) orang pegawai yang hadir bersama pegawai boleh mengesahkan perkara ini. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: (a) pegawai seorang yang jujur dan amanah dalam menjalankan tugas sehingga diberi kepercayaan untuk dinaikkan pangkat serta dilantik sebagai Pengarah Bahagian V, Jabatan W; (b) Syarikat Black Tiger Sdn. Bhd. memenangi sebut harga kontrak pembersihan di Jabatan W sebelum pegawai dilantik sebagai Pengarah Bahagian V dan pegawai turut memaklumkan akan berkecuali sekiranya Syarikat Black Tiger Sdn. Bhd. memasuki tender/sebut harga di Jabatan W; (c) sepanjang tiga (3) tahun pegawai berkhidmat di Jabatan W, pegawai tidak pernah dilaporkan mempunyai sebarang kes aduan; dan (d) Ketua Jabatan berasakan tindakan pegawai bukan disebabkan kepentingan peribadi dan dengan ini menyerahkan sepenuhnya kepada Lembaga Tatatertib untuk membuat keputusan sewajarnya. 103 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy