Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib setelah menimbang kes pegawai membuat keputusan berikut: Pertuduhan Pertama Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) setelah menimbang kes pegawai memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan dan dikenakan hukuman ‘turun gaji’ sebanyak satu (1) pergerakan gaji bagi tempoh 12 bulan terhadap pertuduhan tersebut mengikut Peraturan 38(e), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) kesalahan yang dilakukan oleh pegawai merupakan kesalahan yang serius oleh pegawai awam melibatkan penerimaan hadiah wang tunai daripada pihak syarikat dan perlu diambil tindakan; (b) berdasarkan siasatan, representasi dan ulasan Ketua Jabatan, walaupun kesalahan yang dilakukan bukan berpunca sepenuhnya daripada pegawai tetapi setelah ditawarkan hadiah wang tunai RM50,000.00 pegawai tetap mengambilnya dan tidak melaporkan kepada Ketua Jabatan; dan (c) Lembaga Tatatertib memutuskan bahawa tindakan tatatertib perlu diambil bagi menangani masalah yang sama daripada berulang dan sebagai pengajaran kepada pegawai lain agar tidak mengulangi kesalahan yang sama. 97 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy