perkhidmatan, pegawai tidak pernah sekalipun terfikir untuk melakukan kesalahan; (f) jika perkara ini menjadi kesalahan, ia merupakan kesalahan pertama pegawai dan pegawai berjanji tidak akan sesekali mengulangi kesalahan ini pada masa akan datang dan akan berwaspada supaya tidak melanggar peraturan; dan (g) pegawai menyesal menerima hadiah wang tunai tersebut dan berada dalam keadaan tersepit pada masa itu kerana dipujuk oleh wakil syarikat untuk menerima hadiah wang tunai atas bantuan yang diberikan. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: (a) pegawai seorang yang rajin bekerja dan sentiasa berusaha untuk memberikan komitmen dalam setiap tugasan yang diberikan. Disebabkan itu juga pegawai mendapat markah LNPT melebihi 85.00% bagi tempoh tiga (3) tahun berturut-turut; (b) urusan mendapatkan slot perjumpaan dan taklimat kepada YB Menteri Kementerian X bagi pihak syarikat bukan di bawah bidang kuasa dan skop tugas pegawai. Perkara ini dilakukan tanpa pengetahuan penyelia pegawai; dan (c) Ketua Jabatan dan penyelia pegawai tidak dimaklumkan berkenaan penerimaan hadiah wang tunai dan seharusnya menjadi tanggungjawab pegawai untuk mengisytihar dan memaklumkan kepada Ketua jabatan. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 96
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy