Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

(c) pegawai mengaku terlibat dengan pengambilan dadah kerana pengaruh rakan-rakan dan juga akibat tekanan hidup sehingga tersilap langkah mengambil dadah. Pegawai amat menyesal di atas kesilapan yang telah dilakukan; (d) pegawai kini sedang mengikuti Program Pemulihan di bawah kelolaan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Y selama dua (2) tahun yang mana pegawai perlu melaporkan diri kepada pegawai AADK yang sentiasa memantau keadaan pegawai; (e) pegawai perlu melakukan ujian air kencing setiap kali melapor diri ke AADK. Pegawai komited menghadirkan diri ke AADK Daerah Y setiap bulan; (f) pegawai berharap agar diberikan peluang untuk menghabiskan program pemulihan di samping bekerja seperti biasa; (g) pegawai memaklumkan bahawa pegawai merupakan ketua keluarga yang mempunyai tanggungan seramai lima (5) orang (seorang isteri dan empat (4) orang anak). Isteri pegawai telah diberhentikan kerja sebagai pembantu kedai makan sejak penularan kes Covid-19 melanda dan kini hanya pegawai yang bekerja menanggung keluarga; (h) seorang anak pegawai masih menuntut di Universiti PQR, Negeri Z manakala dua (2) orang lagi masih bersekolah, iaitu di Sekolah Menengah DEF (Tingkatan 1) dan Sekolah Kebangsaan ABC (Tahun 4); (i) sekiranya pegawai diberhentikan kerja, keluarga pegawai akan hilang punca pendapatan dan ini akan menjejaskan persekolahan anak-anak pegawai dan masa depan mereka; Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 87

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy