Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

POSITIF SYABU 1. LATAR BELAKANG KES Encik Mukri bin Wadi, Pembantu Awam Gred H14 yang bertugas di Bahagian V, Kementerian X didapati positif dadah jenis Methamphetamine(syabu) hasil ujian saringan air kencing secara mengejut yang telah dijalankan pada 29 Jun 2022 oleh Jabatan W dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Y. Hasil ujian pengesanan dadah daripada Jabatan Patologi, Hospital GH bertarikh 29 September 2022, mendapati air kencing pegawai (tarikh spesimen dipungut: 29 Jun 2022) mengandungi dadah jenis Methamphetamine. Pada 5 Oktober 2022, Pegawai Perubatan Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital GH telah membuat perakuan menggunakan Borang 4, Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 bahawa pegawai ialah seorang penagih dadah berbahaya jenis Methamphetamine di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. Kes pegawai telah tamat dibicarakan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 12 Oktober 2022 dan berkeputusan pegawai dikenakan perintah pengawasan di bawah Pegawai Pemulihan/pegawai polis/pegawai polis tentera/pegawai memerintah selama dua (2) tahun. Pada 27 Januari 2023, pegawai telah diperakukan sebagai seorang penagih dadah sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 oleh Pegawai Perubatan Kerajaan, Hospital GH menggunakan Borang Perakuan yang ditetapkan dalam Jadual kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2007 [P.U. (A) 132/2007]. 84 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy