Buku Media JPA 2020
JPA kaji semula pembaharuan sistem saraan ALOR GAJAH, 29 Julai- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengkaji semula cadangan pembaharuan sistemsaraan seperti yang dicadang Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS). Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman, berkata, penelitian perlu dibuat kerana ia melibatkan aspek kewangan. Namun pembaharuan akan tetap dilakukan bagi memastikan penjawat awam dapat memberikan kualiti kerja yang baik. Beliau ditemui di Alor Gajah, Melaka. Julai 29, 2020 Semak semula Skim Saraan Malaysia hanya cadangan – Zuki Ali 12 September 2020 SHAH ALAM – Kerajaan masih belum melakukan sebarang semakan semula terhadap skim persaraan penjawat awam susulan kenaikan kos dan kekangan kewangan negara. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, setakat ini perkara itu masih belum dibawa secara rasmi kepada pihaknya dan ia hanya cadangan daripada Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs). “Ia baru cadangan, ia belum diangkat kepada kita secara rasmi, ia mungkin permintaan atau cadangan daripada Cuepacs. “Saya rasa belum sampai ke peringkat pertimbangan kerajaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Koperasi Kebuniti Selangor Berhad (KOBUNITI), di sini, hari ini. Khamis lalu, Cuepacs mengemuka dan membentangkan cadangan sistem saraan baharu bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) kepada kerajaan, awal bulan depan. Timbalan Presiden 1, Aminuddin Awang berkata, cadangan sistem saraan baharu itu lebih komprehensif dan menyeluruh kerana merangkumi semua skim perkhidmatan penjawat awam. Menurutnya, draf cadangan itu sudah hampir siap dan akan dibentangkan kepada kerajaan, Oktober ini. Sementara itu, mengulas mengenai Penunjuk Prestasi Utama (KPI) baharu kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) dan Ketua Pengarah (KP), Mohd Zuki berkata, setakat ini mesyuarat pertama telah dilaksanakan. “Cuma selepas ini saya telah beri ingatan kepada semua KSU dan KP akan keperluan mereka untuk memastikan agar KPI yang dikenakan kepada mereka ditetapkan mereka akan tercapai. “Kita kena cari jalan, kerana ia satu faktor untuk menggerakkan ekonomi negara,” katanya. – MalaysiaGazette 82
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy