Buku Media JPA 2020
Kerja dari rumah: Elaun khas bantu tanggung kos utiliti - KSN KUALA LUMPUR: Pemberian elaun khas kepada penjawat awamyang bekerja dari rumah, ialah antara insentif sesuai untuk membantu sektor awam mengadaptasi normal baharu dalam perkhidmatan. Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, berkata elaun khas itu bagi membantu penjawat awam menanggung sebahagian daripada kos utiliti mereka di rumah. Beliau berkata, apabila bekerja dari rumah menjadi normal baharu, kerajaan dapat melakukan penjimatan dari segi kos utiliti kerana jumlah penjawat awam di pejabat berkurangan. “Kurangnya pegawai atau penjawat awam hadir ke pejabat dapat menjimatkan bil utiliti jabatan. Namun apabila penjawat awam berkhidmat dari rumah, mungkin kos utiliti mereka naik seperti kos elektrik. “Dengan penjimatan di jabatan itu, kita boleh pertimbang untuk memberi elaun khas kepada penjawat awam yang berkhidmat dari rumah supaya mereka dapat memberi perkhidmatan lebih baik lagi. “Ini naratif yang kita perlu fikir pada masa depan jika normal baharu perkhidmatan awam ini dapat diterima kerajaan,” katanya. Beliau berkata demikian dalam rancangan #BicaraNaratif mengupas topik ‘Norma Baharu Perkhidmatan Awam’ yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Radio Televisyen Malaysia (RTM), malam ini. PKP yang dilaksanakan pada 18 Mac lalu menyaksikanhampir keseluruhanurusan perkhidmatan awam ditangguhkan dan kerajaan terpaksa memperkenalkan cara kerja baharu, iaitu bekerja dari rumah bagi bidang tertentu. COVID-19: Bayaran RM500 untuk penjawat awam, pesara kerajaan - Muhyiddin Bayaran secara ‘one-off’ (sekali bayaran) sebanyak RM500 akan diberikan kepada 1.5 juta penjawat awam, dan 850,000 pesara kerajaan, sebagai usaha membantu mereka menghadapi impak ekonomi akibat wabak COVID-19 ini, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sewaktu membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRIHATIN) hari ini, beliau berkata, ia adalah sebagai bukti kerajaan tidak akan mengabaikan kebajikan semua penjawat awam yang terus setiamenjalankan amanah kepada negara. “Bagi menghargai sumbangan mereka, kerajaan akan memberikan bantuan tunai sebanyak RM500 secara one-off kepada lebih 1.5 juta penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk mereka yang bekerja secara kontrak. Bayaran akan dibuat pada bulan April 2020. “Sumbangan pesara Kerajaan juga tidak dilupakan. Dengan ini, Kerajaan akan menyalurkan bantuan 7 sebanyak RM500 secara one-off kepada lebih 850,000 pesara Kerajaan juga pada bulan April 2020,” katanya lagi. Untuk mereka yang menyimpan dalam Skim Persaraan Swasta (PRS) pula, Perdana Menteri berkata golongan berkenaan dibenarkan untuk membuat pengeluaran maksimum RM1,500 sebulan, bermula April hingga hujung tahun ini. “Dalam keadaan yang sukar pada waktu ini, tentulah saudara-saudari memerlukan wang tunai daripada apa jua bentuk simpanan untuk digunakan bagi menampung perbelanjaan harian. “Sehubungan itu, Kerajaan membenarkan pengeluaran pra-persaraan dari akaun B Skim Persaraan Swasta sehingga jumlah RM1,500 bagi setiap ahli tanpa sebarang penalti cukai dalam tempoh bulan April hingga Disember 2020,” katanya lagi. Mei 14, 2020 KETUA Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali Mac 27, 2020 72
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy